Tuesday, January 6, 2009

Tahun Baru, Ekonomi Meleset & Kehidupan Rakyat

Tahun 2009 menjelang, meninggalkan tahun 2008. Bermacam-macam peristiwa telah berlaku tahun 2008, kini sudah menjadi sejarah. Diharapkan keazaman yang positif tertanam disetiap hati nurani rakyat Malaysia untuk meniti perjalanan tahun 2009.

Tahun 2009 dibuka dengan pelbagai cerita. Terdapat juga berita yang agak menyedihkan. Ada yang menyambut kehadiran tahun baru dengan menganjurkan Pesta Seks. Seramai 24 orang ditahan dalam operasi disebuah hotel di jalan P.Ramlee termasuk seorang pelakon wanita dan seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta. Mentaliti orang Malaysia menyambut tahun baru.

Tahun 2009 juga Malaysia akan menghadapi kemelesetan ekonomi. Pelbagai impak yang akan berlaku antaranya pembuangan pekerja terutamanya oleh agensi swasta. Pastinya bermacam-macam masalah sosial dan jenayah akan berlaku. kejadian yang terdekat ialah apabila seorang ibu muda terpaksa mencuri barangan keperluan harian kerana kesempitan wang selepas kilang tempat dia bekerja ditutup(Sila lihat Berita Harian bertarikh 05/01/2009)

Demikianlah kisah Tahun Baru, Ekonomi & Kehidupan rakyat Awal Tahun 2009.

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template