Thursday, January 15, 2009

Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Gemilang Mirza Sdn Bhd yang Disyaki Menjalankan Aktiviti Pengambilan Deposit Tanpa Lesen dan Pengubahan

Heboh... apabila Gemilang Mirza Sdn.Bhd diserbu oleh Bank Negara Malaysia pada 13 Januari 2009, di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk mendapat, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Gemilang Mirza Sdn Bhd dibuat di premis syarikat di Papar, Sabah berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Pastinya, orang ramai yang sama ada melabur ataupun membuat perkongsian modal dalam syarikat berkenaan berada dalam keadaan risau, bimbang tentang wang yang mereka laburkan. Tunggu dan lihat sajalah hasil keputusan siasatannya nanti.

P/S : "Beringat sebelum kena, Berjimat sebelum habisssssssssssss..."

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template