Hari ini akan bermula sukantara, iaitu salah satu acara yang perlu disertai oleh semua pelajar SMK Majakir. Antara acara yang akan diuji ialah 100 M, 200 M, Lompat Jauh dan Lontar Peluru. Setiap pelajar perlu melepasi had kelayakan untuk mendapat mata bagi pasukan yang disertainya. Selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menyertai acara sukantara tersebut.
About Me
My Blog List
-
-
Majlis Graduasi Pra-U SMK Majakir 201014 years ago
-
Doa ku....15 years ago
-
Piece of my mind..15 years ago
-
Those Vietnam buggers...15 years ago
-
Suami boroi tanda bahagia?..16 years ago
-
-
Thursday, January 29, 2009
Friday, January 16, 2009
Larian Kementerian Pendidikan Malaysia : SMK Majakir Papar 2009
Pada 16 Januari 2009, SMK Majakir telah menganjurkan larian KPM. Seramai 1000 orang pelajar dari 5 buah rumah telah mengambil bahagian dalam larian tersebut.Dalam larian tersebut Rumah Berlian telah muncul sebagai juara keseluruhan. Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.
tapi sebelum tu, warming up dulu"
Posted by
Dieyza
at
1:55 PM
0
comments
Thursday, January 15, 2009
Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Gemilang Mirza Sdn Bhd yang Disyaki Menjalankan Aktiviti Pengambilan Deposit Tanpa Lesen dan Pengubahan
Heboh... apabila Gemilang Mirza Sdn.Bhd diserbu oleh Bank Negara Malaysia pada 13 Januari 2009, di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk mendapat, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Serbuan terhadap Gemilang Mirza Sdn Bhd dibuat di premis syarikat di Papar, Sabah berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.
Pastinya, orang ramai yang sama ada melabur ataupun membuat perkongsian modal dalam syarikat berkenaan berada dalam keadaan risau, bimbang tentang wang yang mereka laburkan. Tunggu dan lihat sajalah hasil keputusan siasatannya nanti.
P/S : "Beringat sebelum kena, Berjimat sebelum habisssssssssssss..."
Posted by
Dieyza
at
3:03 PM
0
comments
Thursday, January 8, 2009
Isu Murid Menjawab Dalam Bahasa Inggeris
Hebohlah dicanangkan ke seluruh pelusuk negara bahawa keputusan peperiksaan PMR 2008 cemerlang.
Dan dilaporkanlah dalam akhbar bahawa pelajar yang menjawab soalan dalam bahasa Inggeris bertambah.
Jumlah murid menjawab sains dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 21.5% pada tahun 2007 kepada 51.2% dalam tahun 2008
Jumlah murid menjawab matematik dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 4.6% pada tahun 2007 kepada 26.9% pada tahun 2007.
Bagaimana ini berlaku! Hairan.
Hairan kita melihat angka ini. Setelah diajar berrfikir secara kritis di sekolah, tentulah kita mudah sahaja membuat kritikan terhadap angka ini.
Sekiranya ada 51.2% murid menjawab sains dalam bahasa Inggeris, tentulah peratus yang menjawab matematik dalam bahasa Inggeris sama juga bilangannya. Atau jikalau ada perbezaan pun, mungkin sedikit sahaja.
Tetapi yang menjawab matematik dalam bahasa Inggeris hanya 26.9%, pada hal 51.2% sudah pandai menjawab sains dalam bahasa Inggeris. Apa berlaku kepada 24.3% murid-murid yang tiba-tiba menjadi tidak pandai pula menjawab matematik dalam bahasa Inggeris?
Setelah pandai menjawab sains dalam bahasa Inggeris, murid yang sama tidak pandai pula menjawab matematik dalam bahasa Inggeris! Pada hal seharusnya lebih mudah.
Lagi pun, bagaimana Tuan membuat kesimpulan begini? Sekiranya murid hanya dikehendaki menjawab dengan memilih A, B, C atau All the above, mereka belum boleh dikatakan menjawab dalam bahasa Inggeris seperti yang diimplikasikan!. Lihat dahulu detelnya.
Dan juga Tuan menyimpulkan bahawa “jurang perbezaan antara pelajar bandar dengan luar bandar terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains semakin mengecil.”
Berguraukan Tuan? Bagaimana Tuan membuat kesimpulan begini! Apa buktinya!
Maksud Tuan, selepas ini wajarlah ppsmi diteruskan!
Bantahan terhadap ppsmi bukan pun kerana ini semua. Pendidikan lebih berkesan disampaikan dalam bahasa ibunda. Itulah yang menjadi isu
(Dipetik daripada 2pendidikmy dot blogspot dot com)
Posted by
Dieyza
at
10:18 AM
0
comments
Tuesday, January 6, 2009
Tahun Baru, Ekonomi Meleset & Kehidupan Rakyat
Tahun 2009 menjelang, meninggalkan tahun 2008. Bermacam-macam peristiwa telah berlaku tahun 2008, kini sudah menjadi sejarah. Diharapkan keazaman yang positif tertanam disetiap hati nurani rakyat Malaysia untuk meniti perjalanan tahun 2009.
Tahun 2009 dibuka dengan pelbagai cerita. Terdapat juga berita yang agak menyedihkan. Ada yang menyambut kehadiran tahun baru dengan menganjurkan Pesta Seks. Seramai 24 orang ditahan dalam operasi disebuah hotel di jalan P.Ramlee termasuk seorang pelakon wanita dan seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta. Mentaliti orang Malaysia menyambut tahun baru.
Tahun 2009 juga Malaysia akan menghadapi kemelesetan ekonomi. Pelbagai impak yang akan berlaku antaranya pembuangan pekerja terutamanya oleh agensi swasta. Pastinya bermacam-macam masalah sosial dan jenayah akan berlaku. kejadian yang terdekat ialah apabila seorang ibu muda terpaksa mencuri barangan keperluan harian kerana kesempitan wang selepas kilang tempat dia bekerja ditutup(Sila lihat Berita Harian bertarikh 05/01/2009)
Demikianlah kisah Tahun Baru, Ekonomi & Kehidupan rakyat Awal Tahun 2009.
Posted by
Dieyza
at
9:04 AM
0
comments
Monday, January 5, 2009
Selamat Kembali ke Sekolah
Selamat tahun baru kepada semua warga pendidik. Mudah-mudahan tahun 2009 dijalani dengan penuh keazaman untuk memajukan anak didik dan profesion keguruan.
Posted by
Dieyza
at
2:51 PM
0
comments



