Friday, October 5, 2012

Analisis Soalan Bahagian A


Menganalisis Soalan Esei – Fahami Kehendak Soalan berdasarkan soalan berikut :

1.        “Bahasa menunjukkan bangsa”. Bincangkan peribahasa ini dalam konteks Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini. (2005)

2.        Kebelakangan ini jangkitan penyakit dalam kalangan kanak-kanak didapati semakin semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu di ambil untuk mengawalnya. (2006)

3.        Bermacam-macam kempen telah dijalankan oleh pihak2 tertentu menarik pelancong dtg  melawat ke sesebuah negara dan menyaksikan keindahan serta keunikan yg terdapat di negara berkenaan. Bincangkan kesan pelancongan terhadap budaya tempatan.(2000-1)

4.        Secara umum bahan kimia toksik boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik. Jelaskan kesan bahan tersebut terhadap manusia  ( 2000-3)

5.        Kes-kes keracunan makanan di Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini bukan lagi merupakan satu perkara yang luar biasa, dan ia juga nampaknya bukanlah disebabkan oleh jenis dan mutu makanan itu semata-mata, tetapi lebih banyak berpunca daripada kecuaian manusia.Tunjukkan bagaimana masalah keracunan makanan berpunca daripada kecuaian manusia. ( 1992-3).

6.        Terdapat pelbagai jenis barang keperluan domestik dan makanan yg mengandungi bhn kimia berbahaya, seperti arsenik (dalam cat), alkohol, eter, gikoi (dalam kosmetik), kafein, gula tiruan, monosodium glutamat, dan bahan2 kimia yg lain seumpamanya. Bahan-bahan ini boleh mengancam kesihatan seseorang sekiranya tdk digunakan scr berhati-hati. Jelaskan kesan penggunaan barang-barang tersebut terhadap kesihatan pengguna.(95)

7.        Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai negatif. Bincangkan.(STPM 2004- S3)

8.        Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) merupakan satu program yg baik utk memper- kasakan generasi belia di negara ini dr segi fizikal dan mental bg menghadapi cabaran pd masa ini dan masa hadapan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan cadangkan cara2 lain utk mencapai matlamat di atas(2006-1) .

9.        Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk  merealisasikan konsep mesra alam bagi   mengatasi masalah  alam sekitar. Bincangkan(STPM 2006-3)

10.     Bekalan makanan dunia didapati semakin berkurang. Kaedah tertentu perlu dilaksanakan segera untuk menangani krisis makanan global. Jelaskan penyataan ini

11.     Kini lebih daripada 90 peratus anggota masyarakat di negara ini celik huruf, namun 20 peratus sahaja yang gemar membaca bahan-bahan bercetak. Ada pendapat yang mengatakan bahawa fenomena yang berlaku ini adalah manifestasi wujudnya pelbagai media elektronik. Bincangkan penyataan ini.

12.     Pelbagai spesies serangga yang wujud sejak dahulu lagi sering dianggap sebagai perosak. Tanggapan ini sepatutnya diubah kerana spesies ini juga terbukti penting kepada manusia. Jelaskan penyataan ini.

13.     Kesepaduan sektor pelancongan dengan alam semula jadi telah mencetuskan aktiviti pelancongan yang dapat memberikan manfaat kepada negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan aktiviti ini berterusan. Bincangkan penyataan ini.

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template