Pada 26 Mei 2010, Rabu rombongan dari guru dan pelajar Korea telah mengunjungi SMK Majakir atas program Sabah-Korea Cultural Rendevous. Rombongan tersebut disambut meriah oleh warga SMK Majakir dengan paluan kompang dan bunga manggar. Sememangnya telah menjadi adat orang kita bila menyambut tetamu :
Batu Kecubung Warna Ungu
Ditatah berlian batu bermutu
Adat Melayu menyambut tetamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Rombongan daripada Korea tersebut dibawa masuk ke bilik gerakan SMK Majakir, dan kemudiannya diberikan taklimat dan slide show tentang sekolah SMK Majakir. Dipersembahkan juga tarian sambut tamu dan permainan alat muzik kulintangan oleh kelab kebudayaan SMK Majakir yang diselaraskan oleh Pn.Zuraidah.
Selepas itu rombongan tadi dibawa ke Taman Medan Warisan untuk acara menanam pokok. Kemudian beberapa perlawanan persahabatan diatur antara pelajar SMK Majakir dan Korea. Antaranya ialah permainan bola sepak, badminton, takraw dan catur.
0 comments:
Post a Comment