Thursday, May 27, 2010

LAWATAN MUHIBBAH GURU DAN PELAJAR KOREA KE SMK MAJAKIR PAPAR

Pada 26 Mei 2010, Rabu rombongan dari guru dan pelajar Korea telah mengunjungi SMK Majakir atas program Sabah-Korea Cultural Rendevous. Rombongan tersebut disambut meriah oleh warga SMK Majakir dengan paluan kompang dan bunga manggar. Sememangnya telah menjadi adat orang kita bila menyambut tetamu :

Batu Kecubung Warna Ungu
Ditatah berlian batu bermutu
Adat Melayu menyambut tetamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu

Rombongan daripada Korea tersebut dibawa masuk ke bilik gerakan SMK Majakir, dan kemudiannya diberikan taklimat dan slide show tentang sekolah SMK Majakir. Dipersembahkan juga tarian sambut tamu dan permainan alat muzik kulintangan oleh kelab kebudayaan SMK Majakir yang diselaraskan oleh Pn.Zuraidah.

Selepas itu rombongan tadi dibawa ke Taman Medan Warisan untuk acara menanam pokok. Kemudian beberapa perlawanan persahabatan diatur antara pelajar SMK Majakir dan Korea. Antaranya ialah permainan bola sepak, badminton, takraw dan catur.

























Untuk Semua Yang Terlibat Diucapkan Terima Kasih

thank you - 감사합니다 (gamsahabnida)


Kursus Pengurusan Badan Operasi ARPRM

Pada 20 hingga 22 Mei lepas telah diadakan Kursus Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) 2010 Peringkat Zon Sabah dan W.P Labuan. Kursus dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Antara objektif kursus ini diadakan ialah :

i. Memberi penerangan secara terperinci mengenai tugas dan peranan yang harus dimainkan oleh guru-guru pemimpin Projek Perintis ARPRM dan NGO dalam pelaksanaan Program ARPRM.

ii. Meningkatkan tahap kecekapan pemimpin dalam bidang pengurusan dan kepimpinan mengendalikan program ARPRM.

iii. Memastikan imej Kementerian Belia dan Sukan dalam mengeluarkan produk yang berkualiti melalui program ARPRM dapat dikekalkan di mata agensi-agensi yang bekerjasama dengan KBS dan masyarakat umumnya.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YBhg.Puan Wasitah Hj.Mohd.Yusof Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah pengarah jabatan belia dan sukan W.P Labuan, Timbalan Pengarah JBS Negei Sabah dan Ir.Datu Jamigul Hj.Datu Salin, Ketua Sektor Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNS.





Penceramah : Anfatny Ann Rutel

Pen.Pegawai Rakan Muda


Penceramah : Cikgu Zulkifli Matali
Trainer Rantau Asia Pasifik



Bersama Rakan Ketika Bengkel



Perasmi : YBhg.Pn.Wasitah Hj.Yusuf
Timbalan Ketua Pengarah
Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara


Bersama Penceramah Pn.Anfatny dan Cikgu Zulkifli



Para Peserta Program Bergambar Bersama Perasmi



p/s : Yakin Boleh Gemilang

Wednesday, May 19, 2010

KONSEP 5 S

18 Mei 2010, selasa, mesyuarat kurikulum SMK Majakir telah diadakan. Dalam mesyuarat tersebut telah disentuh tentang konsep 5 S yang perlu diamalkan oleh guru SMK Majakir. Di sini saya ingin kongsikan bersama tentang konsep 5 S.

5S Penyelesaian Bijak

Dokumen yang disusun kemas memudahkan pencarian apabila dikehendaki


Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).

Kakitangan diberi kebebasan menunjukkan kreativiti masing-masing

Objektif Utama Program 5S

� Membina budaya Kaizen di tempat kerja

� Membina kerjasama melalui penyertaan semua

� Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

� Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

� Pendekatan Kaizen

� Pendekatan Inovasi

Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :

� Mengamalkan budaya kerja 5S

� Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

� Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

� Meluangkan masa untuk 5S

� Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

� Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan

Pelaksanaan

Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S


Dipetik daripada : http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/amalan5s_3.html

Saturday, May 15, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010

15 Mei 2010, sekolah SMK Majakir telah mengadakan Gotong Royong Perdana Sempena Hari Guru 2010. Pelaksanaan aktiviti ini dilakukan serentak di semua sekolah seluruh Malaysia.


Gambar sekitar kawasan Bumi Hijau :
Guru-guru sedang membersihkan rumput di kawasan tersebut



Hasil Dari Bumi Hijau




Guru-guru sedang membina tempat Baja Kompos




Selamat Hari Guru 2010




Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010







Selamat Hari Guru Khas Buat Semua Guru Di Malaysia

Thursday, May 13, 2010

PERTANDINGAN KUIZ KENEGARAAN

Pada 11.05.2010 selasa Panitia Pengajian Am SMK Majakir telah mengadakan pertandingan kuiz kenegaraan. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Panitia sebagai satu usaha untuk meningkatkan prestasi akademik dan ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam kalangan pelajar. Program ini juga diharapkan dapat membentuk kerjasama yang erat antara semua pelajar Pra Universiti SMK Majakir Papar.


Peserta 6A4


Peserta 6A3


Peserta 6A2


Peserta 6A1


AJK Kuiz Kenegaraan



p/s : Tahniah dan Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template