Pada 7hb Februari 2010, (Sabtu) telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Keluarga Bahagia Peringkat Daerah Papar, dan Seminar Sehari Keluarga Bahagia Dato' Dr.Hj.Mohd Fadzillah Kamsah bertempat di Dewan Masyarakat Baru Papar. Program ini merupakan anjuran bersama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah dengan PIBG SK Surati dan Pejabat Daerah Papar.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj.Mohd Dun Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah. Turut hadir sama dalam program ini ialah, YB Datuk Johnny Mositun Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat & HEP Sabah, Pegawai Daerah Papar dan Pegawai Pelajaran Daerah Papar.
Sambutan untuk program ini amat menggalakkan. Seminar sehari ini diadakan dalam dua sesi iatu, Sesi pagi dari jam 9.30 pagi hingga 12.40 tengahari dan sesi kedua jam 2.00 hingga 5.oo petang. Dengan tema "Menambat Ikatan Ibubapa, Menganyam kebahagiaan keluarga" program ini diharapkan dapat melahirkan keluarga Bahagia Cemerlang yang dapat memantapkan visi 1 Malaysia. Program ini juga adalah salah satu pengalaman yang cukup bermakna buat penulis dalam mengacara majlis seperti ini.

1 comments:
Syabas dan tahniah diucapkan kepada penulis kerana berpeluang dalam mengacarakan majlis yang begitu bermakna ini... semoga berjaya lagi di masa akan datang dengan program-program yang berfaedah ini... tahniah sekali lagi
Post a Comment