Bila baca suratkhabar online Berita Harian hari ini, ada satu cerita yang rasanya menarik. 4 garis kejayaan yang disarankan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz. Kejayaan ini menurut beliau, mengambil kira idea serta pandangan pakar dan cendiakawan antarabangsa, iaitu;
i) Diet dan pemakanan yang sihat
ii) Alat atau cara untuk membangunkan pemikiran
iii) Pelbagai strategi mencapai kejayaan
iv) kepemimpinan.
Berita Penuh dari Berita Harian :
( Beliau berkata, empat aspek penting itu terkandung dalam sembilan karya tersohor antarabangsa, termasuk yang dihasilkan pada 1532 dan sudah dibacanya berulang kali.
“Dari segi diet, pergi ke mana-mana, saya sering ditanya apa saya makan sehingga kini sudah berumur 87 tahun. Keseimbangan amat penting antara protein dan karbohidrat, daging dan bukan daging, serta makanan mentah dan yang dimasak.

“Saya ambil makanan berdaging dua kali seminggu tetapi saya makan dua kali salad yang lengkap setiap hari. Saya juga minum banyak air, jus oren yang diperah segar dan teh. Jangan minum kopi kerana ada profesor di Fakulti Perubatan pernah memberitahu saya ia tidak baik untuk diri kita.
“Selain itu, gula adalah `racun’ yang sangat tidak baik untuk semua bahagian tubuh kita. Elakkan gula ia umpama racun’,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk `The Quest For Success’ di Pusat Konvenyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.
Syarahan itu dianjurkan Petronas dan Universiti Teknologi Petronas sempena pemilihan Ungku Aziz sebagai penerima Anugerah Merdeka 2008 (Kategori Pendidikan dan Komuniti), November lalu.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka yang juga Presiden Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, serta ahli lembaga itu yang juga Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Datuk Dr Rosti Saruwono.
Ungku Aziz berkata, sembilan buku berkualiti itu yang disarankan dibaca ialah bertajuk `Fit For Life Not Fat For Life’ hasil karya Harvey Diamond (2003), `Thinking Course’ (Edward de Bono - 1982), `The Mind Map Book’ (Tony Buzan - 1993), `Head First’ (Tony Buzan - 2000), `The 36 Strategies of the Chinese: Adapting An Ancient Chinese Wisdom to the Business World’ (Wee Chow Hou & Lan Luh Luh - 1988), `The Art of War’ (Sun Xi - 1988), `The Prince on the Art of Power’ (Niccolo Machiavelli - 1532), `Leader’s Window’ (J.D.W. Beck & N.M. Yeager - 1994) dan `Level 5 Leadership’ (Jim Collins - HBR - 2001).)
p/s : Sentiasa jadikan panduan kata-kata orang yang bijaksana.

0 comments:
Post a Comment