Saturday, August 29, 2009

SALAM RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Dipetik daripada : http://www.ashtech.com.my/bulanislam



p/s : Mudah-mudahan puasa tahun ini diberkati olehi ilahi...

Wednesday, March 4, 2009

LAGU TEMA 'I LOVE MY SCHOOL'




Lagu khas untuk warga SMK Majakir

p/s : Sekolahku Syurgaku

Thursday, February 26, 2009

GROOMING...

Hari ini 26 Februari 2009, Persatuan Tingkatan Enam (PERTENA), SMK Majakir telah menganjurkan Ceramah Kekemasan dan Penampilan Diri (Grooming). Penceramah bagi aktiviti tersebut ialah Pn.Fazliah Abdul Rahaman, Kaunselor Sek.Men.Agama Kota Kinabalu. Antara tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk:

i) Memastikan seseorang individu khususnya para pelajar berada dalam keadaan bersih dan kemas.
ii) Meningkatkan keyakinan dan semangat di dalam diri mereka untuk berhadapan dengan orang lain.
iii) Memastikan para pelajar menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran tanpa sebarang gangguan.
iv) Memupuk para pelajar supaya menitikberatkan aspek kebersihan dan kekemasan diri luaran dan dalaman yang akan mencerminkan diri mereka.






















p/s : "kecantikan datang dari dalam diri"


Tuesday, February 24, 2009

Ceramah dan Bengkel "The Secret of English Grammar"


Pada hari sabtu yang lepas, 21 Februari 2009, Jawatankuasa Latihan dalam Perkhidmatan sekolah SMK Majakir telah menganjurkan Ceramah dan Bengkel "The Secret of English Grammar". Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mempertingkatkan penguasaan tatabahasa (grammar) dalam kalangan guru khususnya guru-guru PPSMI.





Ujian... boleh la... 12/15 (24/30)

p/s : "Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China"

Friday, February 20, 2009

Perjumpaan Kelab & Persatuan

19 Februari, perjumpaan unit kokurikulum SMK Majakir bagi kelab dan persatuan kali yang pertama.





p/s : "Berpersatuan untuk menjana kemahiran"

Tuesday, February 17, 2009

Gambar Sekitar Program 'I Love My School'


Pelancaran Program 'I Love My School' Oleh Pengetua



















Pengetua & Pentadbir lain Mengagihkan Lencana
Dari Kelas ke Kelas






Lencana 'I Love My School'


Serah Lencana kepada pihak kantin


Pihak pengawal juga sama menjayakan kempen


Indah & Ceria



Emm... Lepas ni apa lagi program?

p/s : Sejahtera Majakir


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template